Sekarang ni dah jadi satu trend pula anak-anak selebriti yang baru lahir dibukakan akaun laman sosial oleh ibu bapanya. Iyalah, nak sign up sendiri belum pandai lagi.
Tapi tak sangka pula trend ini membuatkan segelintir pihak tak berpuas hati. Ini terbukti apabila seorang netizen berani menegur Scha Alyahya dan Awal Ashaari semalam kerana akaun Facebook milik anak selebriti itu, Lara Alana.
Individu yang menggunakan nama @igrakyatmalaysia itu mempertikaikan tindakan Scha dan Awal yang memuat naik foto Lara seolah-olah mahu memberi publisiti kepada anak mereka. Memang adapoint yang betul, tapi agak makan dalam juga kata-kata tegurannya.
Scha bagaimanapun telah memuat naik teguran tersebut di laman Instagram miliknya petang semalam dan menulis kapsyen ‘Penyakit dengki. Masalah sesetengah orang kita.’
Kami tak pasti apa sebenarnya motif membuka akaun laman sosial untuk anak-anak yang baru lahir. Bukan selebriti je tau, tapi orang biasa pun ada buat juga.
Tapi, lebih baik kita lihat dari sudut yang positif iaitu mereka teruja dengan kelahiran baby baru dan ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan kawan-kawan sekeliling atau peminat.
Apapun, kami doakan semoga Lara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna kepadamummy daddy dia. Ohbulan
0 Komentar untuk "Scha Alyahya & Awal Ditegur Kerana Akaun Facebook Lara Alana"